Empat Sifat Yang Diharamkan Api Neraka
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
( ألا أخبركم بمن تحرم عليه النار؟ تحرم على كل قريب هين لين سهل)
Terjemahan Hadis:
“Tidakkah aku beritahukan akan orang yang diharamkan api neraka ke atasnya? Diharamkan neraka untuk orang yang dekat (disenangi orang lain), merendah diri, lembut (budi pekerti) dan mudah (berurusan).”
“Tidakkah aku beritahukan akan orang yang diharamkan api neraka ke atasnya? Diharamkan neraka untuk orang yang dekat (disenangi orang lain), merendah diri, lembut (budi pekerti) dan mudah (berurusan).”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)
Beberapa pengajaran penting:
Hadis tersebut menjelaskan berkenaan dengan empat sifat yang dapat menyelamatkan diri seseorang itu dari azab Allah SWT iaitu merendah diri, hati yang lembut, disenangi orang dan memudahkan urusan orang lain. Kesemua sifat tersebut tidak akan wujud di dalam diri seseorang jika dia tidak memiliki hati yang bersih kerana hati yang bersih itu akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji.
Untuk mendapatkan sifat-sifat tersebut , kita perlu berusaha untuk menanamkan sifat tawadhu’ di dalam diri kita sepertimana sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan seorang Badwi yang amat kasar dengan menarik jubah Baginda dengan kuat, namun Baginda tidak marah, malah membalas kekasaran tersebut dengan kelembutan.
Orang-orang yang memiliki sifat-sifat ini akan dicintai Allah SWT kerana Allah SWT amat mencintai orang-orang yang lemah lembut di dalam setiap tutur katanya, mahupun perbuatannya. Sifat-sifat yang baik ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Baginda yang menyatakan dengan maksud “Sesungguhnya Allah itu adalah Maha Lembut dan Menyukai kelembutan (budi pekerti) dalam segala sesuatu” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Semoga kita berusaha memperoleh kekuatan untuk menerapkan keempat-empat sifat ini iaitu bersikap ramah dan disenangi orang lain, merendah diri, lembut budi pekerti dan mudah berurusan dalam pergaulan kita sesama manusia, insyaAllah.
Sekian
TQ FOR BEGIN WITH FK Kreatif
Like Us on FB : Fk kreatif
Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka
BLOGSPOT : http://www.fkkreatifmelaka.blogspot.my/
Updated by : Admin/fk/Iqmal/4Aug2017
-FK KREATIF-