Search This Blog

Friday, 29 September 2017

5 Tips Mengawal Nafsu Makan.

5 tips utama untuk mengawal nafsu makan :

Minum air secukupnya 2-3 liter sehari.
Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air  minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda!  Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.
Nutrisi Seimbang
Memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.
Puasa
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.
Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat.
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya. Anda juga boleh mengamalkan snek buah.
Sediakan jurnal
Tips ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Selama mencuba!

Selamat Pagi dan Salam Jumaat..

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat Penghulu Seagala Hari buat ahli keluarga, sahabat handai, dan seluruh umat Islam.. Di dalam kesusahan ada kemudahan.. Semoga anda semua diberi perlindungan dan barakah dari Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Jua selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..


TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila/29Sept2017





-FK KREATIF-

Thursday, 28 September 2017

10 CARA MENGATASI SIFAT MARAH & PANAS BARAN.

10 Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran. Kurangkan & Hilangkan!


CARA MENGATASI SIFAT MARAH & PANAS BARAN

Adakah anda rasa diri anda berada dalam sifat marah apabila mendapat seseorang memotong anda dalam trafic jam? Adakah tekanan darah meningkat dengan kerenah anak anda yang tidak mendengar kata?
Yang pasti orang yang panas baran mesti sering kali cepat berada dalam keadaan marah. Siapa sahaja boleh ‘naik angin’, tidak kira suami, isteri, malahan kanak-kanak sekalipun. Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk menangani dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya sam sekali. Sudah pasti mengambil masa yang agak lama untuk melatih diri sendiri.
Kemarahan adalah emosi normal bagi setiap individu. Yang penting bagaimana cara untuk menanganinya dengan cara yang positif. Kemarahan yang tidak terkawal boleh menganggu kesihatan dan hubungan anda. Jadi persoalannya bagaimana untuk mengawal kemarahan? Asalkan dapat kurangkan sedikit sifat panas baran, itu juga sudah cukup baik.
Mahu cuba kurangkan dan hilangkan panas baran? Ramai tahu, bukan mudah menanganinya. Mari kita cuba 10 cara mengatasi panas baran ini. Siap dengan doa!

1. BERIKAN MASA  UNTUK DIRI SENDIRI

Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1-10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi rekasi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda. Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

2. SETELAH TENANG, LEPASKAN KEMARAHAN

Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir dengan waras, nyatakan kekecewaan atau kemarahan anda dengan tegas tetapi bukan konfrontasi. Ini lebih baik dengan menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa menyakitkan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

3. LAKUKAN SENAMAN

Senaman boleh menghilangkan tekanan emosi. Melalui aktiviti fizikal ini secara tak langsung memberi jalan keluar untuk emosi kita, tertuama bila kira-kira dah nak meletup. Jika anda rasa kemarahan anda semakin menaik, elok untuk anda berjalan pantas atau berlari, atau meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia dalam otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang daripada anda sebelum anda bekerja keluar.

4. BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP

Sebelum memulakan bicara, lebih baik berfikir dahulu. Dalam kemarahan seseorang boleh mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Jadi lebih baik berfikir sejenak kerana mungkin anda akan menyesal selepas mengeluarkan kata kata dalam keadaan marah. Ajak sekali mereka yang bersama anda dalam kemarahan untuk melakukan perkara yang sama.

5. KENAL PASTI JALAN PENYELESAIAN

Daripada melayan segala benda yang boleh membuatkan anda bertambah marah,  lebih baik anda ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya marah anda surut.

6. KEKALKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN “SAYA”

Daripada melayan segala benda yang boleh membuatkan anda bertambah marah,  lebih baik anda ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya marah anda surut.

7. IMBAS SAAT-SAAT MANIS

Apabila sedang marah, bagaimana mahu mengingati perkara-perkara yang manis? Bertenang. Sebab itu ia perlukan latihan. Sesiapa yang dapat mengawal diri dengan mengimbas kembali perkara-perkara menarik dalam hidup, pasti akan melupakan hasrat untuk marah-marah. Buang tenaga sahaja bukan?

8. JANGAN BERDENDAM

Memaafkan orang lain adalah cara paling berkuasa. Jika anda membenarkan marah dan perasaan negatif menguasai perasaan positif, anda akan tenggelam dengan kepahitan anda sendiri.
Tetapi jika anda memaafkan seseorang yang menimbulkan kemarahan anda, anda mungkin belajar kedua-dua keadaan. Ia tidak realistik untuk mengharapkan semua orang untuk berkelakuan seperti yang anda mahu pada setiap masa.

9. JUMPA DOKTOR, PAKAR KAUNSELING & PAKAR PSIKOLOGI

Kebiasaannya, untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan boleh berjumpa dengan pakar kaunseling. Disitu anda boleh belajar beberapa perkara mengenai kemarahan dan akan di ajar cara untuk mengawal kemarahan. Dengan pertolongan pakar kaunseling seperti :
  • Belajar mengenali marah
  • Mengenal pasti punca anda marah
  • Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah
  • Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat
  • Belajar lebih luas mengenai perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan
  • Perjumpaan dengan pakar kaunseling boleh dilakukan secara individual ataupun berkumpulan bersama pasangan atau keluarga yang lain.

10. BERDOA KETIKA MARAH

Doa ialah senjata yang paling kuat. Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:
Doa pertama:
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Gahib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tida Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.
Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.
Semoga kita semua dapat manangani dan mengatasi sifat marah ini.

TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila/28Sept2017





-FK KREATIF-

 

Selamat Pagi ;)

Assalamualaikum.. “Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter, and those who matter don't mind.” 





TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila/28Sept2017





-FK KREATIF-

Wednesday, 27 September 2017

10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

Cara jaga muka

CARA JAGA MUKA

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

AKHIR KATA

Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah.

TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!
Like Us on FB : Fk kreatif
Follow Instagram : fk.kreatif1

WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila/27Sept2017


-FK KREATIF-

Tuesday, 26 September 2017

FAKTA BAHAYA VAPE

Vape Membahayakan Paru-paru
Beberapa kandungan zat kimia di dalam rokok elektrik bisa berdampak buruk bagi kesehatan, berupa kerusakan jaringan paru-paru, menimbulkan gangguan pada fungsi paru-paru, dan paru-paru lebih rentan untuk diserang kuman atau bakteri jahat.

Dimana kandungan nikotin mengakibatkan melemahnya kemampuan sel organ paru-paru sehingga lebih rentan untuk ditembus dari luar oleh virus, kuman atau bakteri yang memberikan dampak buruk pada paru-paru.

Terdapat peringatan kesehatan dari pabrik yang memproduksi rokok elektrik (vape):

“Bagi konsumen yang terkena penyakit paru (misalnya asma, PPOK, bronkitis, pneumonia), uap yang dihasilkan rokok elektronik dapat menimbulkan serangan asma, sesak napas, batuk hingga radang paru-paru. Jangan gunakan produk ini jika mengalami keadaan di atas.“

Dari laman Webmd.com, kandungan diacetyl di dalam vape merupakan jenis zat kimia berbahaya yang sudah umum diketahui, dampak buruknya bagi kesehatan yaitu meningkatkan resiko penyakit paru-paru. Hal ini dijelaskan oleh Erika Sward, seorang asisten wakil presiden untuk advokasi nasional di American Lung Association.

Bahaya vape ini terdapat pada penggunaan cairan, yang nantinya akan menjadi uap akibat adanya pemanasan (munculnya panas berasal dari energi baterai yang digunakan pada rokok elektrik).

Pada cairan ini setelah dilakukan penelitian, memiliki kandungan zat yang bersifat karsinogen, ini merupakan sebuah zat yang berbahaya karena dapat memicu munculnya penyakit kanker.

Adanya sifat karsinogen di dalam cairan vape tersebut, karena mengandung zat gliserol dan nikotin nitrosamine yang sudah umum diketahui.

Hal negatif lainnya muncul dari vape adalah dari proses pemanasannya. Dimana proses pemanasan cairan vape memberikan dampak buruk berupa munculnya zat formaldehida. Itu merupakan zat kimi yang dapat memicu kanker (bersifat karsinogenik).




TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!
Like Us on FB : Fk kreatif
Follow Instagram : fk.kreatif1

WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/iqmal/26Sept2017


-FK KREATIF-

Monday, 25 September 2017

Berkasih sayang kerana Allah.

Assalamualaikum.. Marilah kita merapatkan lagi silaturrahim antara kita dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.. Nescaya Allah redha dengan amal yang kita lakukan..




TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila/25Sept2017





-FK KREATIF-

Birthday Decoration Aqif Iman

Selamat hari lahir buat adik Aqif Iman yang ke-4.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berjaya dalam bidang yang deceburi pada masa akan datang In Shaa Allah..










TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif
Follow Instagram : fk.kreatif1

WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka
Updated by : Admin/fk/iqmal/25Sept2017


-FK KREATIF

Fakta Mengenai Bulu Kening.

Antara jenis jenis bulu kening ialah :

Bulu kening bertemu di tengah (bersambung)

* Suka amik pusing hal remeh.
* Selalu kecik hati dan emosional.
* Kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* Kuat jeles.
* Perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* Suka membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar

* Cepat terburu-buru
* Kurang berhemah
* Cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* Banyak main-main sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus

* Gagah
* Suka berdebat
jenis kening dan cara lukis kening tanpa cukur

Bulu kening melengkung

* Jenis pak lawak

Bulu kening tipis

* Tahap konfiden yang rendah
* Tak percaya dengan kebolehan sendiri
* Kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal

* Orang yang advanture dan suka mengembara
* Susah nak setia pada yang satu
* Banyak berceloteh
* Happy go lucky

TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila&Qudduus/25Sept2017





-FK KREATIF-

Good Morning Monday !!

Assalamualaikum.. It's Monday !! Wishing you a wonderful day :)



TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/Zuhaila&Qudduus/25Sept2017




-FK KREATIF-

Thursday, 21 September 2017

FAKTA MENARIK : TIPS PENJAGAAN GIGI


selamat pagi kepada semua. hari ini admin FK KREATIF ingin berkongsi satu tips penjagaan gigi. semua orang sudah tentu ingin gigi yang sihat dengan senyuman yang menawan. jadi dengan itu penjagaan gigi dengan betul seharusnya dititik beratkan dengan beberapa tips yang ingin admin kongsikan dengan rakan sekalian. 








TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!
Like Us on FB : Fk kreatif

Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka
Updated by : Admin/fk/UMAR/21Sept2017

-FK KREATIF

UCAPAN SELAMAT PAGI

assalamualaikum dan selamat pagi. :) moga pagi ini menjadi permulaan yang baik untuk hari ini dan diharap kita semua  sentiasa mendapat keberkatan keatas apa sahaja perkara yang dilakukan. sentiasalah kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan daripadanya mudah-mudahan mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.




TQ FOR BEGIN WITH FK KREATIF !!!

Like Us on FB : Fk kreatif
Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka

Updated by : Admin/fk/umar/21Sept2017


-FK KREATIF-