Search This Blog

Friday, 29 September 2017

5 Tips Mengawal Nafsu Makan.

5 tips utama untuk mengawal nafsu makan :

Minum air secukupnya 2-3 liter sehari.
Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air  minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda!  Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.
Nutrisi Seimbang
Memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.
Puasa
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.
Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat.
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya. Anda juga boleh mengamalkan snek buah.
Sediakan jurnal
Tips ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Selama mencuba!