Search This Blog

Wednesday, 13 September 2017

ANTARA SOALAN BIASA KETIKA TEMUDUGA KERJA



Kebanyakkan orang yang akan melalui sesi temuduga akan mendapat soalan-soalan yang di luar jangka daripada bakal majikan ataupun pihak HR. Mengetahui bakal soalan sebelum anda ke sesi temuduga amatlah penting supaya anda tidak “blank” apabila ditanya ketika sesi temuduga nanti.
10 soalan temuduga ini boleh dikatakan sebagai soalan ‘Favourite’ syarikat. Jawapan kepada soalan-soalan ini sebenarnya tiada istilah betul ataupun salah, cumanya anda kena tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang diberikan dalam keadaan yang profesional.
Bukan membuta tuli menjawab ikut emosi dan tidak berakal.
Mengapa dalam sebuah syarikat, mereka hanya menggunakan soalan-soalan yang sama untuk setiap orang yang berlainan? Pernah anda terfikir?
Jawapannya kerana soalan yang sama diberikan dan mereka akan terima pelbagai jawapan yang berbeza dari setiap calon yang temuduga.
Menarik bukan? Disini berlakunya analisis calon untuk menentukan siapa yang terbaik untuk terpilih memiliki jawatan yang ditawarkan.
Tetapi yang lebih mengerikan, soalan yang sama juga sebenarnya bertujuan juga untuk menyingkirkan calon kerana dalam satu-satu jawatan yang dibuka terdapat ramai calon yang bersaing untuk mendapatkannya.
Ini 10 Soalan Lazim oleh Panel Temuduga :
1. Beritahu saya tentng diri anda ?
2. Apakah kekuatan / kelamahan diri anda ?
3. Apakah yang memberikan anda motivasi / semangat ?
4. Bagaimana rakan-rakan/majikan/pelanggan memandang anda ?
5. Apakah sasaran prestasi anda dan bagaimana anda ingin mencapainya ?
6. Apakah perkara yang palng membanggakan anda ?
7. Mengapa anda meninggalkan pekerjaan sebelum ini ?
8. Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja ?
9. Apakah pencapaian utama dalam diri anda ?
10. Apakah yang boleh anda bawakan kepada pasukan ?
Nampak seperti soalan yang mudah dan boleh “digoreng” biasa. Tetapi ia perlukan struktur dan balas jawapan yang sememangnya kena pada syarikat berkenaan.
Jika anda hanya dapat jawab sahaja tapi tidak menepati jawapan-jawapan yang mereka inginkan. Ia sama sahaja seperti tidak menjawab apa-apa.


TQ FOR BEGIN WITH FK Kreatif 
Like Us on FB : Fk kreatif 
Follow Instagram : fk.kreatif1
WHATSAPP : 017-8808251
Twitter : @fkreatifmelaka
BLOGSPOT : http://www.fkkreatifmelaka.blogspot.my/
Updated by : Admin/fk/shafuan/13setepmber


-FK KREATIF-